Relese Tension Sebelum Final Exam


Assalamualaikum

Tajuk tu catchy kan? Ye ke tension? Kah! Kan saya ada cerita pasal pergi bersiar-siar ke pantai tu kan. Sebenarnya, saya bertiga termasuk Kak As yg tua 2 tahun dari saya dan Wada, setahun lebih muda dari saya pergi melawat nenek Wada di Masjid Tanah. Rindu benau kat neneknya tu. Kami ni peneman laa kiranya. Tak bercadang nak bermalam pada mulanya, tapi setelah dipujuk oleh nenek Wada, kami beralah. Lagipun, apa salahnya. Best gak dapat menenangkan fikiran di kampung dan jauh dari kesibukan kota. Ececeh. Satu malam sahaja. 

Petang tu lepas Asar, kami berjalan kaki ke pantai. Tak jauh pun dari rumah nenek si Wada ni. Pantai tu berdepan dengan rumah nenek. Sempatler snap gambar kejap. :)


dari kiri, Wada, Kak As, Anis


dari sisi berbeza. Yg penting pantai tu. 


Kat dpn chalet nenek Wada


Best friend forever!

Malam tu pulak kami kena hidangkan makanan sekali. Macam kat rumah sendiri pulak. Nenek Wada ni memang peramah jadi tak kekok laa kami kat sana.Best. Rasa ada famili angkat kat sini. Disebabkan tak bawak seluar lebih, pinjamlah kain batik nenek Wada sebab tu je pun yang ada. Feeling gadis melayu terakhir. Ok, sila muntah hijau sekarang :P
Pastu dah selesai makan, tengok bola. Haha..


Sediakan air

Sekurang-kurangnya, bila kitaorang selalu buat kerja2 rumah camni, boleh asah kemahiran mana yang tumpul tu. Yelah, cara susun atur lauk-pauk, air, kendi bubuh nasi dalam mangkuk yang sesuai, sediakan pinggan, cawan, pastu basuh pinggan mangkuk. Susun elok-elok atas para. Senang nanti untuk masa depan^^


Hala Tuju Selepas SPM

Assalamualaikum,

Apa khabar semua silent readers? Harap sihat2 sahaja ye. Kepada pelajar2 tingkatan 4/5 tu bolehlah lihat pilihan2 yang tersenarai untuk melanjutkan pengajian selepas tamat SPM ye. 

1) Asasi 

Program pengajian ini disediakan oleh universiti tertentu sahaja. If x silap, UIA, UM ada sediakan program asasi. Program ni berjalan selama tempoh setahun. Tapi, x semua jenis program ada asasi. Certain program je. Ni kira persediaan sebelum ke Program Ijazah Sarjana Muda lah ye. Sebelum nak mohon tu, sila check dulu program tu bersesuaian tak dengan course yang kita ambik. Nak tahu? Boleh check SINI dulu. Cara nak mohon, sila ke page Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar. Tapi tarikh permohonan UPU dibuka Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang. Tarikh Jualan Unik ID BSN dibuka Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015.

2) Matrikulasi KPM

Program matrikulasi ni ada 2 jenis. Yang setahun dengan 2 tahun (bagi pelajar aliran sains shj). Kalau pelajar akaun, ada program setahun je. Lepastu utk aliran sains, ada 3 modul. Modul 1 ambil subjek Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Modul 2 ambil subjek Kimia, Fizik, Sains Komputer dan Matematik. Bagi modul 3 pula ambil subjek Kimia, Biologi, Sains Komputer dan Matematik. Cara nak mohon, sila ke page SINI. Sila update tarikh sebelum nak memohon tu ye. Bagi lepasan SPM 2014/2015, permohonan telah ditutup pada 30 November 2014. Matrik ni paling awal lah kiranya, sebab kemasukan ke matrik biasanya dibuat pada minggu terakhir bulan Mei.

3) Diploma IPT/ Diploma Politeknik

Program pengajian ni ambik masa selama 3 tahun utk ditamatkan. Tapi diploma kelebihan dia ada sijil, boleh terus kerja kalau nak. Kalau tak sambung degree pun takpe. Kalau sambung degree, boleh transfer kredit. Transfer kredit utk certain subjek yang sama masa di universiti. Boleh pendekkan masa pengajian kat situ. Link nak mohon tu sama dgn asasi. Sebab kat pilihan course tu nanti kat dpn ada tulis Asasi.... . Then, ada juga yang Diploma... So, kena alert okay.

Bagi diploma Politeknik, boleh layari laman web kat SINI. Kat situ ada senarai program dan syarat2 kemasukan. Diploma Politeknik ni lebih kepada kemahiran.  :) Ada peluang juga untuk sambung degree.

4) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dulu dikenali sebagai maktab perguruan.

Struktur Program: a) Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan ATAU Dua (2) Semester.
                             
                   b) Program Ijazah Empat (4) Tahun ATAU Lapan (8) Semester.

Jumlah pengajian 5 tahun. Dari SPM terus ke Ijazah. Kau hado?? Jimat masa. Kerja terjamin. Tapi bagi yang betul2 berkelayakan dan berminat nak jadi cikgu lah. Tapi syarat minimum mestilah 7A utk pelajar2 Semenanjung dan 5A untuk pelajar2 Sabah dan Sarawak. Nak tahu borangnya, cer cari kat Google ye. Dah besar kan?
5) Program Pra-U ( Tingkatan 6)- Disediakan di sekolah2 yang tertentu. Tempoh 1 tahun setengah. Masuk bulan Jun. Bezanya, kena pakai baju sekolah lagi. Tapi, apa ada hal dengan baju. Yang penting niat nak belajar kan.  Ada sijil dan pastikan cemerlang untuk melayakkan anda ke universiti.


*Ni antara Program Sepenuh Masa yang popular dalam kalangan pelajar. Sekian, wassalam.

Every one's dream include me. In 2 years and half will be graduate. InsyaAllah. Pray for me yaa.

Mulakan Sem Baru


Assalamualaikum,

Apa khabar semua readers? Sihat tak? Diharap semuanya sihat sejahtera. Anis pasti minggu ni merupakakan minggu-minggu akhir kebanyakan siswa siswi sebelum meneruskan sem yang seterusnya. Keputusan peperiksaan pun dah keluar, Bagi yang dapat cemerlang, tahniah anis ucapkan. Bagi yang kurang cemerlang, teruskan usaha dan jangan pernah jemu mencapai apa yang dicita-citakan. Jadual sem baru dah upadated, erm nampaknya lebih kurang je jadual baru ni dengan sem lepas. Gapnya tu lebih kurang sama tapi jam kredit berkurang dari sem lepas. Alhamdulillah. Moga mampu bahagikan masa dengan baik lepas ini.


Cuti Semester + Sambut Ramadhan di Perantauan


Assalamualaikum

Sudah lama tidak menjengah blog, sibuk betul menyiapkan tugasan pada tahun 2 ni. Banyak sangat, triple dari tahun 1. Walaubagaimanapun, dah berlalu semua tu dan yeay, akhirnya berjaya menempuhi semua dugaan tu. Hehe..

Tahun ni kami menyambut bulan puasa di perantauan, kira anak perantau lah juga walau negeri tempat saya belajar ni sebelah je. Ini bukan kali pertama saya menyambut first puasa di asrama, dulu masa matrik sampai 2 kali. Tapi yang bestnya bersahur dan berbuka dengan kawan2 ni sebab merasa susahnya nak pikir nak makan apa, lagi2 preparation untuk sahur. Last-last, telur dadar dengan sardin tu jadi juadah biasa bila bersahur sebab senang. Lagipun, kolej kediaman kami mana ada fridge nak simpan bahan2 mentah semua.

18-27 Jun 2015, dalam 10 hari juga menahan perasaan nak balik ke rumah. Menunggu paper yang banyak gap ni serius bosan. Kalau dah sampai 5 hari gapnya memang kureng fokus, banyak leka lagi ada, T_T. Masa tulah dok pikir apa famili makan kat rumah. Yelah, kat rumah ibu banyak masak lauk dan tak takut kalau terlepas sahur. Nikmatnya bila balik rumah ni, tolong ibu apa yang patut. Best betul. Pastu berterawih dengan famili di masjid kampung kami. Gembira sangat. Siapa2 yang bergelar anak perantau taulah macam mana perasaan rindu tu. 

Akhir kata, salam Ramadhan al-Mubarak, selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya dan semoga ibadah kita semua diterima dalam bulan penuh kemuliaan ini.


Suasana Baru di Semester Ke-5


Assalamualaikum

Salam sejahtera semua pembaca. Bila menginjak ke semester baru ni, kami tahun 3 dah kena keluar. Bukan keluar u tapi keluar dari asrama. Duduk di rumah sewa. Bagi peluang kat tahun 1 dan tahun 2 pula menginap di kolej kediaman. Kami pun menurut perintah walau sebenarnya dah rasa seronok duduk kat Sri Utama tu, dekat dengan Mydin, dekat dengan kampus induk, senang nak join aktiviti, ada bas UTeM dan macam2 lagi lah. Bila dah duduk Yayasan ni lain pulak ceritanya.

Kena jalan kaki pegi kelas, tapi tak jauh pun. 5 minit dah sampai kampus bandar. Masa minggu first2 tu lenguh2 kaki, rasa semput pun ada tapi bila dah masuk minggu ke-2 dah rasa biasa. Tak penat. Orang kata apa, alah bisa, tegal biasa. Kami mula2 ada 7 orang kesemuanya, semua satu course, senang kalu buat asaimen ke, pegi kelas saing2, nanti kalau ada yang tertinggal sebab x sama kelas, kesian pulak kena tinggal sorang kat yayasan ni. Dahlah rumah kami ni satu je berpenghuni kat aras 6 ni. Huhu..Aku (Johor) sebilik dengan Kak As (Selangor), Nani (Johor) dengan Biha (Johor), Jovin (Perak) duk sorang sebilik, Renee (Kedah) dengan Jaa (Kelate). Macam mewakili semenanjung pulak. Pda mulanya Nora (Ganu) dengan Zati (Pahang) nak masuk sekali, tapi last2 Nora duk umah pak su dia. Senang juga duk umah sedara ni. Kalau tak betul2 mcm mewakili semenanjung Malaysia dah ni. Last sekali Afifah course BTEC masuk umah ni, dak Kedah. Jadila 8 orang kesemuanya.

Aku jenis tak kisah campur dengan serata negeri ni, bahkan seronok pun ada. Daripada percampuran macam nilah kitorang lebih memahami budaya, gaya percakapan, makanan sesuatu negeri tu. Dengan cara ni jugak dapat kikis tanggapan negatif sesetengah orang tentang sesuatu negeri tu. Bila pasal bola sibuk bergaduh, tapi kami golongan pelajar ni tak amik port pun, yang gaduh tu bukan dapat apa pun, kitorang berbeza negeri rilek je satu rumah. Apa laa kecoh sangat, bila dah satu bumbung baru tau yang persepsi negatif orang luar ni banyak yang tak betul. Kita lebih kenal perangai dia, tabiat dia, entah aku rasa sume housemate aku ni ok je, baik2 je. Bolehlah buat calon menantu, wakawaka..
Dipersilakan melihat gambar kami semasa sightseeing, ceh sightseeing sangat -__-








Sekian, wassalam.

#sok pagi ada kelas oii



Mahasiswa Pencetus Revolusi

Assalamualaikum para pembaca sekalian..

Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk di atas? Kedengaran enak pada halwa telinga namun maksudnya cukup tersirat sekali. Revolusi dari sudut pandang Kamus Dewan Edisi keempat memberi takrif membawa perubahan kepada sesuatu atau dalam sesuatu bidang secara radikal iaitu secara meluas, menyeluruh dan cepat. Dari sini dapatlah dihuraikan bahawa mahasiswa merupakan agen yang signifikan dalam hierarki masyarakat bagi  memulakan sesuatu perubahan yang mencakupi keseluruhan sistem sosial masyarakat. Mengapa mahasiswa yang harus menggalasnya? Hal ini kerana mahasiswa merupakan modal insan yang dibangga-banggakan dengan harapan dapat mengemudi pemerintahan negara suatu masa nanti. 

Menelusuri sejarah pemerintahan negara kita ditunjangi oleh pemimpin masyarakat yang terdiri dari golongan intelektual seperti peguam, doktor, jurutera dan lain-lain yang tidak perlu diragui lagi kehebatan mereka. Namun persoalannya di sini, adakah negara akan terus menghasilkan mahasiswa yang bersifat kepemimpinan secara semula jadi atau perlu diasah sejak dari bangku sekolah lagi? Situasi masa kini di mana segelintir mahasiswa terlibat dalam politik secara terang-terangan atau dijadikan alat oleh sesetengah pihak amat membimbangkan kerana mereka seperti mudah terpengaruh dan tidak memiliki pendirian yang teguh dalam melontarkan pendapat sebagai agen masyarakat. Hal ini menyebabkan ada mahasiswa yang tidak lagi menghormati pemimpin masyarakat dan hilang kepercayaan terhadap mereka, Mahasiswa sebenarnya sudak muak dengan agenda pihak berkepentingan dalam menggunakan mahasiswa untuk meluaskan dakyah mereka. 

Mahasiswa seharusnya bangkit dari lena dan jangan biarkan diri mereka dipergunakan sesuka hati oleh pihak yang merasakan duit dan kuasa itu mampu membeli segala-galanya. Gunakan saluran yang betul dalam melontarkan buah fikiran dan jangan bertindak membuta tuli hingga meranapkan masa depan yang menyinar. Ingat, kita masih muda dan masih banyak perkara yang belum kita gapai dalam hidup yang semakin menekan ini, Pastikan kita sentiasa bersikap neutral dalam apa-apa fahaman politik yang diterima dan jangan ada sikap fanatik tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya, Kepimpinan itu seharusnya diasah sejak kecil lagi bagi memudahkan seseorang itu mengurus perjalanan hidupnya kelak. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi beri maklum balas.