Assalamualaikum readers,
Harini saya nak cerita sikit pasal pengalaman saya bekerja selepas habis belajar. Tempat pertama saya bekerja dekat sebuah kedai pengiklanan. Kedai ni kecik je, mula-mula saya datang tu ada seorang admin, 3 orang designer, 2 orang copywriter dengan 3 orang marketing. Boss kat situ bagi masa 3 bulan untuk diserap jadi pekerja tetap. Tunggu punya tunggu sampai bulan ke-5, tak ada peningkatan, gitu jugak last2 anis berhenti on the spot. Boleh berhenti on the spot selagi mana kau tak jadi pekerja tetap. Sebab sebenar anis berhenti, kerja makin banyak, luar bidang tugas sebagai admin and boss yang kedekut. Bayangkan lah ea, boleh kata hari2 aku keluar bwak keta sendiri pegi pejabat itu pegi bank sini last bila dpt gaji dpt duit minyak RM100 je, tak berbaloi la dengan kita redah trafik , nak cari parking pun payah, minyak pulak mahal. Gaji basic aku pulak tak sampai gaji minimum, kerja pun dibaginya yang tak penting, bancuh kopi la sapu tangga la, siram pokok la, menyapu la banyak lagi la. Rasa dipergunakan aje, bengang betul kalau ingat balik. Bukannya takde cleaner tapi tulah kedekut sangat dipanggilnya cleaner tu sebulan sekali je. Aku guna sijil ijazah tu bukan untuk buat kerja macam tu lah. Bukan aku je dah berhenti, ramai juga yang dh berhenti macam aku gara-gara majikan macam tu.
Tempat kedua aku kerja, dekat kedai kesihatan. Interact dengan customer, layan customer tanya pasal peralatan kesihatan, terangkan macam mana nak guna alatan tu pada dorang, demo sikit, update stock setiap pagi. Yang ni okey sikit aku rasa sebab boss layan kitorang okey je, pastu dia x duduk depan mata, dia ada jaga cawangan lain kat KL, annoying dekat orang kanan dia je bila call tanya kat mana la apa laa takut benor kitorang mengular, mengalahkan boss. Ada sekali tu pegi bank, pegawai bank tu tanya yang datang minggu lepas tu boss kitorang ea. Gelak ajelah, dalam hati perasan giler Encik Baz (*bukan nama sebenar) ni. Pegawai bank tu kata yg dia mengaku dia boss, hahaha kelakar. Last2 aku berhenti sebab boss dah tak dapat tender untuk kedai tu lagi, yelah duduk dlm hospital dah 10 tahun macamtu. Dah takde rezeki dia agaknya. Lama gak aku kerja situ, dah 7 bulan.
Sekarang aku kerja dalam office kilang perabot ni haa. Dah masuk 2 bulan. Okeylah takat ni. Annoying dekat satu officer company shipping lain ni laa, rude gila bila bercakap, dahlah tak mesra alam, macam dia sorang je tension ada kerja, menyampah kalau nak deal dengan dia. Tadi pagi dah buat hati aku panas, ada ke patut aku tanya elok2 kat dia apa yang kita kena amend dekat bill of lading tu (dokumen shipping) pastu dia boleh tanya aku balik denga nada kasar "So you tak nak amend laa ni!) aku pun apalagi pi balas (ya, takda apa yang saya perlu betulkan lagi dengan nada aku dah naik satu oktaf). Geram gila rasa darah terus naik ke kepala. Apa masalah dia ntah, tak professional langsung, ada ke layan customer macam tu, dahlah aku tanya kat email pagi 2 hari lepas baru jwab semalam, pagi2 ak call kena bentak macam tu pulak, serios psiko perempuan ni. Dia taknak explain apa yang salah tiba2 meroyan bagai, kalu dia explain apa yang aku salah, aku boleh terima lagi. Ni tibacakap shipper kena charge utk amend sedangkan explaination utk apa yg perlu di"amendkan" pun takde.
Tu jela yang aku nak luahkan kat sini, nanti aku sambung pasal benda lain pulak ya, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sudi beri maklum balas.