19 Disember 2014

Ikhtilat

Assalamualaikum,

Semasa bersiar-siar di pantai Pengkalan Balak semalam, terpandang sepasang remaja, mungkin bawah umur saya rasanya. Elok duduk sebelah menyebelah, lelaki dan perempuan. Siap berpegang-pegang lagi. Dalam hati kata, mungkin dah kahwin, Ingin bersangka baik walhal kenyataan mungkin tidak selari dengan apa yang difikirkan. Kalau tak terpandang kan bagus. Dush!

Ini realiti yang sering kita lihat sekarang. Suka saya katakan berkawan antara lelaki dan perempuan itu tak salah, tapi ada batas yang harus wajib dijaga bilamana melibatkan pertemuan atau urusan atas suatu perkara. Kalau tiada urusan yang betul-betul mustahak, baik tak payah jumpa. Kerana takut apabila berdua, datang pula tetamu tak diundang. Siapa lagi kalau bukan musuh anak Adam dari dahulu lagi, syaitannirrajim. Mintak simpang. 

Bukan takat tu saje, ber'SMS', ber'WeChat', ber'Whatsapp' dan online chatting pun ada limitnya. Kaedah yang sama, atas urusan yang benar-benar perlu saje boleh. Kalau tak, baik tak payah. Takut terjatuh hati, gurau senda sampai tak ingat dunia dan macam-macam lagilah.Ikhtilat atau pergaulan apabila lelaki dan perempuan ajnabi bertemu (melebihi dua orang) di suatu tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi boleh jadi berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami.

 Dalam al-Quran ada memberi peringatan kepada kita dalam menjaga ikhtilat;


dari Encik Google

Setiap apa yang Allah peringatkan atau tegah kat kita mesti bersebab kan. Sebab Allah sayang lah. Lagi-lagi kita ni kaum hawa kena jaga mahkota yang satu tu, kerana dirimu begitu berharga. Pinjam ayat Loreal jap. Sebenarnya kan pesan kat diri ni jugak, sebab saya pun manusia biasa. Teringat pesanan Ustazah Fatimah Syarha, kalau ada lelaki nak tackle, ckp kat dia "dapatkan saya secara terhormat". Nampak simple ayat tu tapi deep maknanya. Kepada lelaki, kalau dah berkenan kat seseorang perempuan tu, pi jumpa direct kat mak pak dia. Kan jimat masa kat situ selain terhindar dari dosa. Restu pun dapat. Tapi prepare lah ilmu agama, ilmu rumahtangga dsb sebelum meminang tu ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi beri maklum balas.