Assalamualaikum
Tajuk tu catchy kan? Ye ke tension? Kah! Kan saya ada cerita pasal pergi bersiar-siar ke pantai tu kan. Sebenarnya, saya bertiga termasuk Kak As yg tua 2 tahun dari saya dan Wada, setahun lebih muda dari saya pergi melawat nenek Wada di Masjid Tanah. Rindu benau kat neneknya tu. Kami ni peneman laa kiranya. Tak bercadang nak bermalam pada mulanya, tapi setelah dipujuk oleh nenek Wada, kami beralah. Lagipun, apa salahnya. Best gak dapat menenangkan fikiran di kampung dan jauh dari kesibukan kota. Ececeh. Satu malam sahaja.
Petang tu lepas Asar, kami berjalan kaki ke pantai. Tak jauh pun dari rumah nenek si Wada ni. Pantai tu berdepan dengan rumah nenek. Sempatler snap gambar kejap. :)
dari kiri, Wada, Kak As, Anis
dari sisi berbeza. Yg penting pantai tu.
Kat dpn chalet nenek Wada
Best friend forever!
Malam tu pulak kami kena hidangkan makanan sekali. Macam kat rumah sendiri pulak. Nenek Wada ni memang peramah jadi tak kekok laa kami kat sana.Best. Rasa ada famili angkat kat sini. Disebabkan tak bawak seluar lebih, pinjamlah kain batik nenek Wada sebab tu je pun yang ada. Feeling gadis melayu terakhir. Ok, sila muntah hijau sekarang :P
Pastu dah selesai makan, tengok bola. Haha..
Sediakan air
Sekurang-kurangnya, bila kitaorang selalu buat kerja2 rumah camni, boleh asah kemahiran mana yang tumpul tu. Yelah, cara susun atur lauk-pauk, air, kendi bubuh nasi dalam mangkuk yang sesuai, sediakan pinggan, cawan, pastu basuh pinggan mangkuk. Susun elok-elok atas para. Senang nanti untuk masa depan^^





Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sudi beri maklum balas.