Assalamualaikum,
Apa khabar semua silent readers? Harap sihat2 sahaja ye. Kepada pelajar2 tingkatan 4/5 tu bolehlah lihat pilihan2 yang tersenarai untuk melanjutkan pengajian selepas tamat SPM ye.
1) Asasi
Program pengajian ini disediakan oleh universiti tertentu sahaja. If x silap, UIA, UM ada sediakan program asasi. Program ni berjalan selama tempoh setahun. Tapi, x semua jenis program ada asasi. Certain program je. Ni kira persediaan sebelum ke Program Ijazah Sarjana Muda lah ye. Sebelum nak mohon tu, sila check dulu program tu bersesuaian tak dengan course yang kita ambik. Nak tahu? Boleh check SINI dulu. Cara nak mohon, sila ke page Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar. Tapi tarikh permohonan UPU dibuka Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang. Tarikh Jualan Unik ID BSN dibuka Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015.
2) Matrikulasi KPM
Program matrikulasi ni ada 2 jenis. Yang setahun dengan 2 tahun (bagi pelajar aliran sains shj). Kalau pelajar akaun, ada program setahun je. Lepastu utk aliran sains, ada 3 modul. Modul 1 ambil subjek Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Modul 2 ambil subjek Kimia, Fizik, Sains Komputer dan Matematik. Bagi modul 3 pula ambil subjek Kimia, Biologi, Sains Komputer dan Matematik. Cara nak mohon, sila ke page SINI. Sila update tarikh sebelum nak memohon tu ye. Bagi lepasan SPM 2014/2015, permohonan telah ditutup pada 30 November 2014. Matrik ni paling awal lah kiranya, sebab kemasukan ke matrik biasanya dibuat pada minggu terakhir bulan Mei.
3) Diploma IPT/ Diploma Politeknik
Program pengajian ni ambik masa selama 3 tahun utk ditamatkan. Tapi diploma kelebihan dia ada sijil, boleh terus kerja kalau nak. Kalau tak sambung degree pun takpe. Kalau sambung degree, boleh transfer kredit. Transfer kredit utk certain subjek yang sama masa di universiti. Boleh pendekkan masa pengajian kat situ. Link nak mohon tu sama dgn asasi. Sebab kat pilihan course tu nanti kat dpn ada tulis Asasi.... . Then, ada juga yang Diploma... So, kena alert okay.
Bagi diploma Politeknik, boleh layari laman web kat SINI. Kat situ ada senarai program dan syarat2 kemasukan. Diploma Politeknik ni lebih kepada kemahiran. :) Ada peluang juga untuk sambung degree.
4) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dulu dikenali sebagai maktab perguruan.
Struktur Program: a) Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan ATAU Dua (2) Semester.
b) Program Ijazah Empat (4) Tahun ATAU Lapan (8) Semester.
Jumlah pengajian 5 tahun. Dari SPM terus ke Ijazah. Kau hado?? Jimat masa. Kerja terjamin. Tapi bagi yang betul2 berkelayakan dan berminat nak jadi cikgu lah. Tapi syarat minimum mestilah 7A utk pelajar2 Semenanjung dan 5A untuk pelajar2 Sabah dan Sarawak. Nak tahu borangnya, cer cari kat Google ye. Dah besar kan?
5) Program Pra-U ( Tingkatan 6)- Disediakan di sekolah2 yang tertentu. Tempoh 1 tahun setengah. Masuk bulan Jun. Bezanya, kena pakai baju sekolah lagi. Tapi, apa ada hal dengan baju. Yang penting niat nak belajar kan. Ada sijil dan pastikan cemerlang untuk melayakkan anda ke universiti.
*Ni antara Program Sepenuh Masa yang popular dalam kalangan pelajar. Sekian, wassalam.
From Google Image
Every one's dream include me. In 2 years and half will be graduate. InsyaAllah. Pray for me yaa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sudi beri maklum balas.