19 Januari 2015

Dicintai Atau Mencintai?

Assalamualaikum,

Sebelum saya memulakan bicara, ingin saya tanya anda semua? Apa tujuan kita hidup kat dunia? Semestinya untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Dan semestinya mencari bekalan untuk kehidupan kita di sana nanti. Saya akui, ramai dalam kalangan remaja termasuk saya kadang2 suka berfikir akan masa depan yang belum tentu, misalnya dengan siapa aku kahwin nanti.

Persoalan2 sebegini bukan tidak boleh, tetapi kita kena berpijak di dunia yang nyata. Adakah situasi kita kena pada tempatnya? Jika sudah bersedia, ada calon, istikharah menemui petunjuknya, nah! Apalagi harus ditunggu. Tapi, jika anda belum bersedia. Cuba tanya diri. Di mana cinta sejati?

Cinta sejati hanyalah kekal kepada Allah S.W.T. Seburuk manapun kita, berapa banyak pun dosa kita, Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Cuma, kita sebagai manusia lebih tercari-cari kan cinta dari manusia lain melebihi pemilik cinta itu sendiri. Bila saya scroll fb tentang news feed, saya terbaca akan satu peringatan/nasihat yang mana jodoh kita boleh jadi dengan kematian. Kerana bakal pasangan kita itu mungkin sudah meninggal dunia dan kita terus berharap bahawa jodoh kita akan tiba. Kan menjadi pembaziran bilamana kita terus menunggu jodoh sehingga ke hari tua berbanding dengan kita mengingati bahawa kematian pun boleh menjengah pada bila-bila masa.

Bila diingat tentang mati, cinta kita hanya akan terukir indah untuk pemilik cinta sebenar, Allah S.W.T. Kita takkan lalai dengan kehidupan yang sementara dan sentiasa melakukan amal untuk bekalan di akhirat nanti. Tidaklah cinta kita sia-sia kan. Memikir tentang jodoh itu boleh, tapi biarlah bersederhana. Alangkah beruntungnya kita dicintai Allah S.W.T dari mencintai ajnabi yang belum tentu mencintai kita. :)

Sekian, wassalam.



p/s: pesanan untuk diri ini yang kadangkala leka dengan keindahan duniawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi beri maklum balas.