29 Januari 2015

Throwback Kehidupan Bersama Rakan2 Matrik

Assalamualaikum, 

Harap semuanya sihat belaka. Alhamdulillah still bernafas hingga ke saat ni. Masih diberi peluang untuk menulis dan merubah diri mungkin. Bila cuti sem ni, ingatan terlayar ke fasa dolu-dolu kala. Ceh! Takde laa lama sangat. Mei 2011-April 2013 (PDT). Itu zaman apa? Zaman Maseolitik, haha. Yelah, fasa sek.rendah, sek, men and then matrik. haha. Layankan jela apa yang anis merapik malam ni T_T

First day masuk matrik, daftar kat Blok F. Naik je bilik, dengan kunci yang baru anis dapat tu teruslah bukak pintu. Ingatkan first la, rupanya jadi second penginap. Terkedu kejap. Ada pulak orang landing atas katil. Nasib katil anak dia, haha. Budak Putrajaya, Fatin namanya. First impression, cantik budak ni. Budak sangat, padahal sebaya. Bila dah kenal, hilang keayuan dia, haha. Sorry Fatin. Apa yang aku suka pasal dia ni, dia merendah diri walhal anak datuk. Hei macam mana kau tau? Itupun Odah yang bukak rahsia. Kalau tak sampai keluar matrik kitorang tak tau. Plus, dia cikgu fizik aku kat bilik.

Lepastu, sorang lagi datang. Sarah, budak Kluang. Tinggi lampai, masa first salam tu dia pelik pandang aku. Haha, mesti dia ingat aku budak sek mana terlepas masuk matrik. Kecik sangat kan :( Tak kesah pun, aku dah biasa. Tapi yang bestnya dia ni genius. Kalau pasal Kimia, serah kat dia. Dialah penyelamat tutorial aku. Banyak tolong ajarkan, no copy paste ea. Bila dah kenal, dia ni lembut je orangnya, tak macam aku.

Dan yang paling lambat masuk, Atiey. Dia seminggu kat UiTM and then terus masuk matrik. Dia tak merasa orientasi laa, mengelat kau Atiey. Haha, paling sempoi, cakap lepas tapi hati dia baik. Mulut potpet potpet tak berhenti. Jurusan akaun, dulu SPM dia budak sains. Anis la yang tukang melayan citer dia. Dia ni bijak dalam math, selalu tolong time wat tutorial math mana yang tak faham. Maklumla, anis bukan pandai sangat =,=


Sarah, Fatin, Atiey^^


Apalah yg Fatin tergelak sangat 


Besties forever, ni sama course. Dak Kedah dgn Batu Pahat


Masa dengan kelas L2D4. Tapi still same course. Rindunyee..

See, dewan matrik tu kecik je. Sebab tula aku jakun sikit masa masuk Dewan Besar UTeM. Mau 4 kali ganda besonye. Hehe. Yang kat dewan time PDT's Dinner. Yelah, beberapa bulan sebelum berpisah. Dah lama kot, dari sem 1 sampai sem 4 mengharungi pahit getir suka duka kat matrik ni. Diorang ni penguat semangat ketika berjauhan dari famili tercinta. Sobs..sobs
Sekian, wassalam. 





28 Januari 2015

Aku Yang Dulu Vs Sekarang

Assalamualaikum,

Korang sihat? Cuaca kat luar nampak cerah je hari ni. Benarlah orang kata, pengalaman itu adalah guru untuk setiap manusia. Dari pengalaman itulah buat kita jadi lebih berhati-hati, lebih matang dan seharusnya lebih baik dalam menghadapi kehidupan kita sehari-hari. 



Anis dulu dari zaman sekolah sampai matrik takut bila nak cakap depan orang ramai. Tak kiralah dalam kelas ke, kat tempat lain ke. Yelah, rasa macam tak kena bila orang memerhatikan kita dari atas bawah plus getar lutut. Benda ni semua orang pernah rasa bila mula-mula mahu bercakap di khalayak ramai. Tapi, bila anis terbaca pasal majikan kat Malaysia nakkan pekerja yang bijak dalam komunikasi, yakin dan bijak bergaul dengan rakan sekerja selain pointer yang bagus buatkan anis terpikir banyak kali. Sampai bila kita nak tahap yang sama je, tiada perubahan. Kat takuk lama. 

Perubahan yang baik tidak salah kan. Sejak tulah anis berazam nak ubah diri jadi lebih yakin, buang sifat rendah diri yang bersarang dalam diri ni. Bila masuk u, anis gunakan peluang ni dengan sebaik-baiknya. Join aktiviti-aktiviti kat u, macam iftar di masjid UTeM, jadi fasilitator, pergi kem anjuran HEP(Hal Ehwal Pelajar), dengar ceramah lain.Semua ni sebab nak improve dan asah lagi softskills mana yang kurang. Dengan pendedahan macam ni buatkan anis jadi lebih yakin dan berani bila berhadapan dengan orang ramai.



Presentation dalam kelas pun jadi lancar. Bila masuk course pengurusan ni memang kena terlibat dengan presentation dan ia dikira dalam carry marks setiap sem. Berhadapan dengan rakan sekelas yang seramai 75 orang tu memang laa kalau tak beria-ia boleh gagap dan blank jadinya. Dan boleh beza bila bercakap depan kuliah dengan bila berhadapan dengan rakan-rakan di dalam persatuan. Pendekatan yang hampir sama tapi kandungan yang kita nak sampaikan tu kena sesuaikan dengan audiens.

Tak la macam kat sekolah dulu nak join aktiviti koko pun payah. Ishh, teruk betul bila diingatkan balik, Kat matrik pun sama, balik kuliah 4:30 petang tu terus terperuk dalam bilik, keluar pun ke kafe je. Cehh! Sibuk bercinta dengan novel, haha kantoi kau. Tapi tu bukan time study month/ study week ea. Tu belum kira outing lagi. Haishh,.

Alhamdulillah, sekarang dah buang tabiat buruk tu. Dah taknak lah jadi macam tu lagi. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang~~

19 Januari 2015

Dicintai Atau Mencintai?

Assalamualaikum,

Sebelum saya memulakan bicara, ingin saya tanya anda semua? Apa tujuan kita hidup kat dunia? Semestinya untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Dan semestinya mencari bekalan untuk kehidupan kita di sana nanti. Saya akui, ramai dalam kalangan remaja termasuk saya kadang2 suka berfikir akan masa depan yang belum tentu, misalnya dengan siapa aku kahwin nanti.

Persoalan2 sebegini bukan tidak boleh, tetapi kita kena berpijak di dunia yang nyata. Adakah situasi kita kena pada tempatnya? Jika sudah bersedia, ada calon, istikharah menemui petunjuknya, nah! Apalagi harus ditunggu. Tapi, jika anda belum bersedia. Cuba tanya diri. Di mana cinta sejati?

Cinta sejati hanyalah kekal kepada Allah S.W.T. Seburuk manapun kita, berapa banyak pun dosa kita, Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Cuma, kita sebagai manusia lebih tercari-cari kan cinta dari manusia lain melebihi pemilik cinta itu sendiri. Bila saya scroll fb tentang news feed, saya terbaca akan satu peringatan/nasihat yang mana jodoh kita boleh jadi dengan kematian. Kerana bakal pasangan kita itu mungkin sudah meninggal dunia dan kita terus berharap bahawa jodoh kita akan tiba. Kan menjadi pembaziran bilamana kita terus menunggu jodoh sehingga ke hari tua berbanding dengan kita mengingati bahawa kematian pun boleh menjengah pada bila-bila masa.

Bila diingat tentang mati, cinta kita hanya akan terukir indah untuk pemilik cinta sebenar, Allah S.W.T. Kita takkan lalai dengan kehidupan yang sementara dan sentiasa melakukan amal untuk bekalan di akhirat nanti. Tidaklah cinta kita sia-sia kan. Memikir tentang jodoh itu boleh, tapi biarlah bersederhana. Alangkah beruntungnya kita dicintai Allah S.W.T dari mencintai ajnabi yang belum tentu mencintai kita. :)

Sekian, wassalam.



p/s: pesanan untuk diri ini yang kadangkala leka dengan keindahan duniawi

15 Januari 2015

Hala Tuju Selepas SPM

Assalamualaikum,

Apa khabar semua silent readers? Harap sihat2 sahaja ye. Kepada pelajar2 tingkatan 4/5 tu bolehlah lihat pilihan2 yang tersenarai untuk melanjutkan pengajian selepas tamat SPM ye. 

1) Asasi 

Program pengajian ini disediakan oleh universiti tertentu sahaja. If x silap, UIA, UM ada sediakan program asasi. Program ni berjalan selama tempoh setahun. Tapi, x semua jenis program ada asasi. Certain program je. Ni kira persediaan sebelum ke Program Ijazah Sarjana Muda lah ye. Sebelum nak mohon tu, sila check dulu program tu bersesuaian tak dengan course yang kita ambik. Nak tahu? Boleh check SINI dulu. Cara nak mohon, sila ke page Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar. Tapi tarikh permohonan UPU dibuka Mulai 19 Januari, jam 12.00 tengahari sehingga 6 April 2015, jam 4.00 petang. Tarikh Jualan Unik ID BSN dibuka Mulai 19 Januari sehingga 6 April 2015.

2) Matrikulasi KPM

Program matrikulasi ni ada 2 jenis. Yang setahun dengan 2 tahun (bagi pelajar aliran sains shj). Kalau pelajar akaun, ada program setahun je. Lepastu utk aliran sains, ada 3 modul. Modul 1 ambil subjek Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik. Modul 2 ambil subjek Kimia, Fizik, Sains Komputer dan Matematik. Bagi modul 3 pula ambil subjek Kimia, Biologi, Sains Komputer dan Matematik. Cara nak mohon, sila ke page SINI. Sila update tarikh sebelum nak memohon tu ye. Bagi lepasan SPM 2014/2015, permohonan telah ditutup pada 30 November 2014. Matrik ni paling awal lah kiranya, sebab kemasukan ke matrik biasanya dibuat pada minggu terakhir bulan Mei.

3) Diploma IPT/ Diploma Politeknik

Program pengajian ni ambik masa selama 3 tahun utk ditamatkan. Tapi diploma kelebihan dia ada sijil, boleh terus kerja kalau nak. Kalau tak sambung degree pun takpe. Kalau sambung degree, boleh transfer kredit. Transfer kredit utk certain subjek yang sama masa di universiti. Boleh pendekkan masa pengajian kat situ. Link nak mohon tu sama dgn asasi. Sebab kat pilihan course tu nanti kat dpn ada tulis Asasi.... . Then, ada juga yang Diploma... So, kena alert okay.

Bagi diploma Politeknik, boleh layari laman web kat SINI. Kat situ ada senarai program dan syarat2 kemasukan. Diploma Politeknik ni lebih kepada kemahiran.  :) Ada peluang juga untuk sambung degree.

4) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dulu dikenali sebagai maktab perguruan.

Struktur Program: a) Program Persediaan Dua Belas (12) Bulan ATAU Dua (2) Semester.
                             
                   b) Program Ijazah Empat (4) Tahun ATAU Lapan (8) Semester.

Jumlah pengajian 5 tahun. Dari SPM terus ke Ijazah. Kau hado?? Jimat masa. Kerja terjamin. Tapi bagi yang betul2 berkelayakan dan berminat nak jadi cikgu lah. Tapi syarat minimum mestilah 7A utk pelajar2 Semenanjung dan 5A untuk pelajar2 Sabah dan Sarawak. Nak tahu borangnya, cer cari kat Google ye. Dah besar kan?
5) Program Pra-U ( Tingkatan 6)- Disediakan di sekolah2 yang tertentu. Tempoh 1 tahun setengah. Masuk bulan Jun. Bezanya, kena pakai baju sekolah lagi. Tapi, apa ada hal dengan baju. Yang penting niat nak belajar kan.  Ada sijil dan pastikan cemerlang untuk melayakkan anda ke universiti.
*Ni antara Program Sepenuh Masa yang popular dalam kalangan pelajar. Sekian, wassalam.


Every one's dream include me. In 2 years and half will be graduate. InsyaAllah. Pray for me yaa.