19 Ogos 2015

Teknologi Sekarang Membahayakan

Assalamualaikum,
 
Salam sejahtera kepada semua pembaca. Dengan kecanggihan teknologi era kini, semua maklumat kita boleh dapatkan hanya di hujung jari sahaja. Melalui applikasi Whatsapp sebagai contoh, memudahkan kita sebagai generasi sekarang berkongsi dan menyebarkan maklumat dalam sekelip mata sahaja. Bila seseorang member dalam group whatsapp berkongsi maklumat tak kesahlah sama ada berupa fakta, politik, gurauan, ucapan, tazkirah, kesihatan dsbnya kita kena faham, fikir banyak kali dan tapis dulu sebelum mahu sebarkan ia ke group yang lain. Bimbang ia disalahertikan oleh ahli-ahli yang lain dan menyebabkan kita sesama ahli bermasam muka ataupun terguris hati. Walaupun perbualan tidak bertemu muka, namun implikasinya masih sama.
 
Contoh paling jelas dalam group Whatsapp famili. Mestilah terdiri dari mak sedara, pak sedara, sepupu, ibubapa kita dan yang lebih muda. Di sinilah medium whatsapp sangat penting lagi-lagi bagi ahli keluarga yang jauh di mata untuk berhubung dan merapatkan jurang. Kekadang sesuatu isu itu dianggap bahan gurauan oleh golongan generasi Y (lebih muda) tetapi dianggap serius bagi golongan baby boomers (lahir 1960 an). Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak perselisihan faham kita kenalah hati-hati bila melontarkan pandangan dan buah fikiran agar semua pihak yang mendapat mesej itu berlapang dada dan bersifat terbuka dalam menerimanya. Jangan sebab sesuatu isu luar contohnya politik menyebabkan sesebuah institusi kekeluargaan itu berantakan dan berpecah.
 
Gunakan teknologi yang ada dengan sebaik-baiknya, andai ragu-ragu tentang sesuatu isu yang mungkin tidak sahih atau menyebabkan kemelut di kemudian hari, lebih baik padam terus dari kotak memori handphone anda. Sebarkan benda yang baik sahaja, yang aib tu tak payah dikongsi.
 
 
 
Keluarga sebelah ibu semasa di Setiu

05 Ogos 2015

Kisah yang Dah Jadi Sejarah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, banyak benda yang dah berlaku dalam 2, 3 bulan ni. Antara yang menarik perhatian adalah kes pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Sangat mengejutkan rakyat Malaysia, tup tup takde khabar angin ada rombakan kabinet. Pastu bermulalah hujahan di media-media sosial, menyalahkan pihak itu, pihak ini. Anis jadi pemerhati je, tengok siapa lagi teror menghentam, memberi sokongan dan ada yang sekadar like je. Mungkin tidak berani mengambil tindakan yang lebih berisiko. Bila dah jadi macam ni, serius pening, kita pun tak tahu siapa yang betul siapa yang salah, tapi kalau ikutkan komen di facebook dah nampak siapa yang rakyat mahu dan siapa yang rakyat tolak. Jangan ikut semberono buat keputusan sudahlah. Last-last, rakyat juga yang kena nanti.

*pandangan dari seorang mahasiswa yang mungkin tak didengari.