Alhamdulillah, banyak benda yang dah berlaku dalam 2, 3 bulan ni. Antara yang menarik perhatian adalah kes pemecatan mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Sangat mengejutkan rakyat Malaysia, tup tup takde khabar angin ada rombakan kabinet. Pastu bermulalah hujahan di media-media sosial, menyalahkan pihak itu, pihak ini. Anis jadi pemerhati je, tengok siapa lagi teror menghentam, memberi sokongan dan ada yang sekadar like je. Mungkin tidak berani mengambil tindakan yang lebih berisiko. Bila dah jadi macam ni, serius pening, kita pun tak tahu siapa yang betul siapa yang salah, tapi kalau ikutkan komen di facebook dah nampak siapa yang rakyat mahu dan siapa yang rakyat tolak. Jangan ikut semberono buat keputusan sudahlah. Last-last, rakyat juga yang kena nanti.
*pandangan dari seorang mahasiswa yang mungkin tak didengari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sudi beri maklum balas.