Assalamualaikum,
Selepas keputusan SPM diumumkan, aku dah redha je nak masuk tingkatan 6..Aku pikir ni kalau x sangkut mna2, ak msuk form 6 laa. Permohonan aku ke ipta dan maktab ditolak. Bila tiba kputusan matrik, ak dh tak mengharap apa2. Ak pikir, matrik tmpat tough tu konfemlaa ak x dpt. Last skali, tanggapan ak salah, rupa2nya ak dpt twaran ke matrik dlm jurusan sains pdt. Okey, pdt tu apa? Pdt tu program 2 tahun.
Sebelum ak terima twaran tu, ak tnya ibu abah dlu n abah suruh ak pegi. Maka aku pun terima laa tawaran matrik tu. Pndaftaran di matrik pda minggu terakhir bulan 5. Prasaan ak bercampur baur pda hari itu. Dgn tak pernah duduk di asrama, tak prnah jauh dgn ibu abah, ak jadi takut. Takut x bleh sesuaikan diri dn belajar di ctu. Dan takut x bleh catch up dgn pembelajaran yg dgrnya super pantas. Aku bersyukur sbb dpt roomate yg memahami, tak sombong wlau dorang bdk pst dan sedia ajar ak bila ak tnya dorang pasal pmbelajaran. Aku jd seronok bljar di matrik dan tak rasa takut lg.
Msa sem ke 3, kwn sebaya ak yg pst dah masuk u. Tggallah ak bersama rakan2 pdt yg lain dn kami jmpa dgn batch pst yg bru, setahun muda dri kami. Lpas pspm ke 3, kputusan keseluruhan kami pljr kmj jatuh teruk. Bottom 3 dri keseluruhan matrik di Malaysia. Pengarah matrik prnah berkata, jika kputusan kamu sem dpn sma mcm pspm3 ni alamatnya dpt kos lelong lah nanti di u. Kami mmg slalu dimomok-momokkan dgn kos lelong jika kputusan tidak memberangsangkan tp lecturer kami tak pernah putus asa buat kelas tmbahan, kelas malam supaya kami lebih bersedia utk pspm nanti. Dgn satu chapter satu minggu, tutorial yg sentiasa ada, lab report yg kna siapkan, quiz dan test yg sentiasa menjenguk saban waktu buatkan kami lebih bersedia dgn soalan peperiksaan dan jadi lebih yakin.
Ak sebenarnya tak bersetuju sgt bila ad yg kata matrik snang, bla bla bla sbb selagi kau tak faham asas setiap chapter dri awal, ko takkan bleh move on dgn chapter seterusnya dan kau cuma ada masa tak sampai seminggu utk faham, hadam satu chapter sbb bila trtinggal satu kelas ko dh x bleh nk faham chapter seterusnya yg lebih kompleks dan takkan dpt jwb test dgn mudah. Hanya plajar matrik je yg tahu susahnya nak capai pointer yg baik, dan kekalkan bnda tu. Pspm tu susah, dan yg menariknya, kertas peperiksaan plajar pdt disemak oleh pensyarah universiti, bkn pensyarah matrik.
Jd paham2 jela standard pensyarah u macam mna, takkan senang2 dia nk bagi kau A kalau kau skdar menjawab, tp jwpn kau tu tak menepati skema.
Dan aku lihat selepas sem 3 tu, prubahan mendadak berlaku pda plajar kmj. Mlm2 dah byk study group kat setiap ruang, anjung, perpustakaan, cafe dan bangku2. Mana taknya, kami dh takde msa nk main2, sbb tinggal kurang 4 minggu lagi sebelum pspm 4 bermula sbelum kami mninggalkan matrik. Mstila kami nk masuk u, tak nak tercicir dan kna bersaing dgn lepasan diploma, tingkatan enam, stam, asasi dn lain2 lagi yg tak kurang hebatnya dn ada azam yg sama, iaitu berjaya memasuki universiti.
Dan ternyata usaha dan berkat tunjuk ajar para pensyarah kami, brsama kwn sebilik yg tak tido mlm menelaah nota, serta doa yg tak putus2 dri ibu bapa kami membuahkan kejayaan yg tak disangka2. Kmj mencpai keputusan yg memberangsangkan selaku matrik di rangking teratas, menewaskan matrik2 lain yg selalu disebut2 kegemilangannya. Kami puas hati dan rasa berbaloi sgt2 dan setidaknya kami mengakhiri pengajian di matrik dgn kenangan yg paling indah utk KMJ dan menaikkan nama KMJ di antara matrik2 yg lain. Benarlah kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jgn mudah putus asa. Matrik memberi seribu kenangan yg tak mungkin kami dpt di mana2 dan matrik adalah matrik, bukan sekolah jauh sekali universiti tetapi tetap mempunyai jati diri dan nilainya yg tersendiri dlm hidup setiap bekas pelajar matrik. Keilmuan Menjana Jatidiri. Nilai yg amat bertepatan dgn KMJ dn sentiasa ada dlm diri setiap bekas plajarnya walau ke mana jua kami pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sudi beri maklum balas.